Friday, December 19, 2008

Terima Kasih!!

Terima kasih yang tak terhingga kepada ibu saya yang telah melahirkan saya dan bapa saya yang telah bersusah payah membesarkan saya sehingga segempal ini. Terima kasih saya juga ditujukan kepada adik-beradik saya yang walaupun tidak mempunyai apa-apa sumbangan dalam kejayaan saya yang lulus di dalam peperiksaan saya yang lepas ini, tetapi ingatan masih kepada mereka kerana kemungkinan saya telah mengambil sebahagian besar gen pandai keluarga kami.

Penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan LLB 1 dan 2. Terima kasih diatas ilmu-ilmu yang mencurah-curah sehingga adakalanya terlalu tekun sehingga menimbulkan ke "konfiusan" untuk soalan-soalan mudah seperti apa itu "arrest" boleh meleret-leret sehingga ke apa makanan yang patut diberi kepada tahanan-tahanan reman yang tidak lagi relevan lagi meng "konfiusing" kan saya. Namun, dengan adanya debat-debat khas begini telah membuka mata saya yang senantiasa mengantuk ini tentang subjek-subjek yang mencabar tahap kebosanan dan minda.

Juga tidak lupa kepada para pensyarah yang tidak jemu-jemu memberi ilmu yang sepatutnya dan sabar menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang sering menghabiskan wang PTPTN dan tenaga untuk selalu ber "hu ha" dan malas/mengantuk di dalam kelas tetapi masih sabar dan tekun mengajar sehingga saat akhir. Terima kasih daun keladi, esok kita jumpa lagi. Eh, salah la pulak

Terima kasih diatas tepukan berdiri (standing ovation) anda semua, semua ini mengharukan. Sob, sob (Menangis terharu sekejap). Maaf, saya tak pandai berbahasa Inggeris, saya bersuara bodoh bila bercakap dalam bahasa Inggeris.

2 comments:

rowena ridzuan said...

hahahahaha..lawak la ko

ugly side of saree said...

aku seorang yang ikhlas, hohoho